Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi – anak lelaki Tan Sri Sanusi Junid – melengkapkan perebutan empat penjuru, setakat ini, bagi jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog', Akhramsyah yang berkelulusan sarjana kejuruteraan kimia dari Imperial College, London - dilihat sebagai pencabar utama Khairy yang berkelulusan dari Universiti Oxford, United Kingdom.

Jurutera perunding sebuah syarikat minyak antarabangsa selama 16 tahun ini kini tidak dapat lari daripada berdepan tanggapan umum bahawa beliau masuk gelanggang ini dengan membawa pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

NONEKemunculan pemimpin muda itu sewaktu majlis pengumuman rasmi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan naib presiden semalam, turut menguatkan lagi cakap-cakap bahawa pengaruh Dr Mahathir dilihat memberi tentangan kepada proksi Najib termasuk Khairy.

 

Malah, tidak mustahil bahawa tempias pengaruh bapanya – yang pernah mengetuai kerajaan negeri Kedah dan pemimpin yang setia kepada bekas presiden Umno itu – mampu memberi kelebihan kepada Akhramsyah memberi tentangan kepada Khairy.

Bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Akhramsyah bagaimanapun menafikan beliau menjadi proksi kepada mana-mana individu berpengaruh termasuk Dr Mahathir.

NONEBeliau baru dipilih menjadi ketua pemuda cawangan Bendang Baru, Langkawi berkata beliau adalah "proksi akar umbi yang inginkan perubahan dalam Pemuda Umno".

"Saya katakan, saya memang proksi. Proksi kepada akar umbi yang inginkan perubahan dalam Pemuda Umno. Kalaulah perlunya proksi, proksi tersebut daripada individu yang berpengaruh tertentu, Alhamdulillah.

"Dan kalau saya proksi kepada rakyat atau pemuda kebanyakan, lagi alhamdulillah, kerana mengikut pengundian baru, (ia) memerlu sokongan akar umbi.

"Jadi saya memerlukan undi akar umbi ini. Bukan satu dua individu berpengaruh sahaja," katanya yang pernah terlibat dengan pelbagai NGO, pertubuhan belia termasuk Pertubuhan kelab-kelab belia Malaysia (MAYC).

Kempen agenda Melayu

Akhramsyah berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding kali ini memandangkan Pemuda Umno dituduh "tidak lagi mendesak dan menjulang obor perjuangan agenda Melayu".

Malah, katanya, ada di kalangan anggota akar umbi yang merintih dan bimbang sekiranya Umno tidak menjaga kebajikan mereka serta dasar kerajaan yang tidak mencapai sasarannya, antara sebab beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu.

NONE"Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tidak cukup kerap sampai ke bawah.

"Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang perjuangan agenda Melayu.

"Agenda yang saya akan bawa Insya-Allah sekiranya terpilih sebagai ketua Pemuda yang baru, adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda Umno," katanya.

Dua lagi muka baru menawar diri untuk merebut jawatan itu ialah ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali dan penolong setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Karim akan menyerahkan borangnya esok dan bertanding demi "mengembalikan kepercayaan anggota masyarakat terutama golongan muda dalam parti."

NONESinar Harian pula melaporkan Syed Rosli yang berusia 37 tahun itu "tidak sabar" untuk menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra esok.

Menurut Rosli, beliau tidak gentar bertanding kerana merasakan sudah tiba masanya pergerakan itu dipimpin oleh pemimpin dari peringkat akar umbi.

Dalam pemilihan parti 2008, Khairy berdepan dua calon - Mukhriz dan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo.

Khairy memenangi pertandingan tersebut walau hanya mendapat 53 pencalonan dalam sistem lama pemilihan, berbanding 62 pencalonan diperolehi Khir dan 74 yang diperolehi Mukhriz.

Dalam pemilihan kali ini, Mukhriz yang juga menteri besar Kedah mengelak dari bergeser dengan Khairy sekali lagi dengan mensasarkan jawatan naib presiden.

Mukhriz ketika mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan itu semalam tampil dengan slogan "Berani Berubah", selepas bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan saranan agar perubahan dilakukan dalam Umno untuk menampilkan pemimpin muda, terutama di peringkat Majlis Tertinggi.

ADS