Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Semua 14 bahagian Pergerakan Wanita Umno Pahang mencapai kata sepakat untuk memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meneruskan kepimpinan selaku Ketua Wanita Umno pusat pada pemilihan parti bulan depan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari berkata sokongan padu itu diberikan berdasarkan kebolehan Shahrizat dalam memperkasakan Wanita Umno sudah terbukti.

Katanya gerak kerja yang dibawa oleh Shahrizat juga amat tersusun dengan merangkumi semua peringkat dalam pergerakan itu.

"Kita yakin beliau merupakan pemimpin yang mampu meneruskan agenda transformasi yang diingini oleh Umno," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini selepas majlis taklimat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dengan anggota Wanita Umno Pahang.

Mengenai langkah penyandang Naib Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Maznah Mazlan bertanding jawatan Ketua Wanita Umno pusat, Rosni berkata semua anggota Umno mempunyai hak untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti.

"Itu hak beliau untuk bertanding dan saya percaya beliau ada alasan berbuat demikian... terpulanglah kepada ahli pergerakan Wanita untuk membuat pilihan. Bagi kami, seperti dipersetujui sebelum ini, sokongan penuh daripada 14 bahagian Wanita Umno Pahang adalah untuk Shahrizat," katanya.

-Bernama

ADS