Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP boleh meneruskan kongres khas dan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa pusat (CEC) pada 29 September ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan parti itu menolak injunksi bagi menghalangnya.

Hakim Datuk Rosnaini Saub menerima permohonan Karpal Singh yang mewakili DAP bagi menolak injuksi yang difailkan timbalan pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

NONE Turut hadir di galeri awam sewaktu keputusan dibacakan adalah pemimpin popular DAP Lim Guan Eng, MP Segambut Lim Lip Eng, MP Seremban dan MP Seputeh, Teresa Kok.

Dalam permohonannya sebelum ini, Karpal ( kanan ) berhujah bahawa Dass tidak menyatakan alasan bagi menyokong permohonan injunksinya.

Pada masa sama kata Karpal, Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menetapkan bahawa keputusan sesebuah parti politik adalah muktamad dan ia menjadikan permohonan Dass tidak boleh dipertahankan.

Hakim Rosnaini dalam penghakimannya bersetuju dengan hujah Karpal.

"Mahkamah tiada kuasa untuk masuk campur dalam keputusan parti," kata Hakim Rosnaini dalam penghakimannya yang dibacakan selama kira-kira 15 minit.

Beliau juga memerintahkan Dass membayar kos sebanyak RM5,000 kepada mahkamah.

Karpal yang ditemui selepas mahkamah selesai bersidang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Saya rasa ini keputusan yang wajar," kata Karpal.

ADS