Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Reza: 150,000 masyarakat pribumi diiktiraf
Diterbitkan:  Oct 23, 2013 8:03 AM
Dikemaskini: 12:07 AM

Malaysia telah mengambil langkah untuk melindungi hak masyarakat pribumi ketika ia menuju ke arah kemajuan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kuasa Usaha Perwakilan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Raja Reza Raja Zaib Shah berkata pembuat dasar Malaysia memainkan tanggungjawab untuk mengiktiraf dan menangani keperluan semua lapisan masyarakat termasuk kira-kira 150,000 masyarakat pribumi.

united nation un general assembly"Ke arah memastikan hak Orang Asli dan lain-lain masyarakat pribumi kekal didukung dan dilindungi, kerajaan berterusan mengambil langkah memperluas keperluan makanan, perlindungan, kesihatan, pendidikan dan pekerjaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengenai Item Agenda 66: Hak Masyarakat Pribumi pada Jawatankuasa Ketiga Sesi ke-68 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Isnin.

Raja Reza berkata Malaysia terus komited untuk memperkukuh keberkesanan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Orang Asli selain pegawai negeri dan daerah yang bertanggungjawab kepada kebajikan dan kemajuan masyarakat ini.

Dalam kenyataan berasingan pada Jawatankuasa Kedua perhimpunan agung itu, beliau berkata Malaysia akan terus berkongsi pengalaman terutama dalam bidang menghapuskan kemiskinan dan membina keupayaan dengan negara kurang membangun di peringkat serantau dan antarabangsa.

- Bernama

ADS