Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih ramai tok batin, OA akan dihantar kerja haji
Diterbitkan:  Oct 23, 2013 8:16 AM
Dikemaskini: 12:19 AM

Lebih ramai tok batin dan ketua kampung Orang Asli akan dihantar mengerjakan ibadah haji menerusi Program Khas Haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (Yayasan 1MDB) pada masa akan datang.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Jailani Ngah berkata untuk tahun depan, dijangka 30 orang akan dibawa mengerjakan ibadah itu berbanding hanya lima orang tahun ini.

NONE"Ini kali pertama Yayasan 1MDB membawa mereka menunaikan haji. Tahun ini kita pilih mereka berdasarkan pengetahuan agama mereka sahaja, tetapi akan datang mereka akan diberi kursus khas supaya mereka lebih bersedia," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji seramai 392 orang tajaan Yayasan 1MDB yang tiba kira-kira 9.20 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang malam tadi.

Sebanyak 800 orang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) menunaikan haji menerusi bawah program itu tahun ini. Kumpulan kedua dijangka tiba Sabtu ini.

Menurutnya pada tahun depan peluang untuk mengerjakan haji menerusi program itu akan turut dibuka kepada bilal.

"Terdapat 20,000 bilal di seluruh negara. Mungkin kita akan bawa 400 bilal tahun depan daripada 800 kuota yang diperoleh sejak program khas haji ini dimulakan," katanya.

Beliau berkata kuota itu ialah kuota khas yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia sebagai simbolik hubungan baik antara kedua-dua negara.

- Bernama

ADS