Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan janji akan pinda 'seksyen rahsia' 203A

Menteri undang-undang Nancy Shukri memberi jaminan bahawa kemasukan Seksyen 203A ke dalam Kanun Keseksaan yang diluluskan semalam bukan bertujuan membendung pendedahan rasuah.

Seksyen baru itu memperuntukkan larangan kepada penjawat awam daripada mendedahkan sebarang maklumat tugasannya kepada awam, Ia ditentang oleh anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

NONENancy mengakui kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa peruntukan itu terlalu umum dan beliau akan membuat semakan lanjut melalui Pejabat Peguam Negara bagi menjadikannya lebih spesifik.

"Ia bukan tentang (mendedahkan) rasuah. Ia lebih kepada pegawai yang mendedahkan maklumat, katakan serbuan dadah," jelasnya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau memerlukan lebih masa untuk tampil dengan perubahan.

"Saya mahu lebih spesifik kali ini. Saya akan cuba sehabis baik untuk memindanya.

"Ia perlu lebih spesifik berhubung jenayah serius. Apa yang hilang dalamnya, (perkataan) jenayah serius," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS