Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Operasi Ringlet diperluas 8km dari tempat hanyut
Diterbitkan:  Oct 24, 2013 10:19 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

VIDEO l 2:07 minit

Gerakan mencari dan menyelamat seorang wanita Indonesia yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam tragedi banjir lumpur di Sungai Bertam, Ringlet di Cameron Highlands diteruskan pada 8.30 pagi ini.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu itu melibatkan 328 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.

"Anggota yang terlibat akan bertambah kerana gerakan mencari dan menyelamat dilakukan secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata kawasan operasi diperluaskan sepanjang lapan kilometer bermula dari tempat mangsa dihanyutkan sehingga ke arah bawah sungai.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati hujan renyai pada awal pagi dan cuaca kini mendung.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah.

- Bernama

ADS