Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Surendran: Kalau pakar sangat, Ku Nan jadi samilah

Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman merupakan sebahagian usaha mencantikkan kuil itu adalah "putar belit politik peringkat tertinggi", kata Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

NONE "Perobohan dia kata usaha hendak mencantikkan - inilah putar belit politik tertinggi yang palsu, tidak tahu malu dan berbohong secara nyata," kata Surendran sewaktu protes ringkas menuntut kerajaan menghentikan perobohan tersebut di pintu pagar Parlimen pagi tadi.

Menurutnya, jika kerajaan benar-benar mahu mencantikkan kuil itu seperti didakwa Tengku Adnan, ia tidak akan dilakukan secara paksa.

Sebaliknya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada kuil itu dan bukannya mengecilkan tapak kuil itu kepada hanya 500 kaki persegi daripada kira-kira 6000 kaki persegi sebelum ia dirobohkan, kata Surendran lagi.

Mengulas dakwaan Tengku Adnan yang mendakwa kuil itu hanyalah tempat pemujaan dan bukan kuil sebenar, Surendran berkata ia bukan urusan Tengku Adnan untuk menentukan sama ada bangunan itu adalah kuil atau bukan.

"Saya tak tahu sejak bila Tengku Adnan jadi pakar Hinduisme.

"Kalau dia pakar, dia letak jawatan dan jadi samilah. Bukan bidang beliau untuk bercakap tentangnya.

"Sekarang kuil itu hendak sembahyang pun sudah tak boleh," katanya merujuk kepada kemusnahan yang dialami kuil itu selepas dirobohkan.

ADS