Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak.

Mengulas agenda yang dibangkitkan dalam muktamar PAS hari minggu lalu, Najib yang juga perdana menteri berkata, beliau bersedia bertemu pemimpin parti Islam itu dalam tempoh segera.

Sambil menyatakan keterbukannya, Najib bagaimanapun meminta PAS menghuraikan lanjut berhubung muzakarah itu.

Beliau juga berkata telah mendapat undangan untuk bertemu dengan Yaakob.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan idea dialog demi perpaduan Islam, terutamanya dalam pelaksanaannya ajaran dan undang-undang Islam.

Umno sebelum ini menolak idea itu ekoran kemungkinan ia bertentangan dengan undang-undang sekular dalam perlembagaan.

Pada 1993, kerajaan Kelantan meluluskan enakmen hudud tetapi pelaksanaannya ditangguhkan kerana penguatkuasaan dianggap memerlukan pindaan perlembagaan.

[Baca berita penuh]

ADS