Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: S'gor lebih minat pada kebajikan sendiri

Peningkatan gaji untuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat hanya berminat menjaga kebajikan diri sendiri daripada rakyat, kata naib presiden Umno.

NONE Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun Pakatan mendakwa memperjuangkan pelbagai isu seperti kemiskinan bandan dan jurang pendapatan, tetapi peningkatan elaun bermula 1 Januari tahun depan menunjukkan sebaliknya.

Katanya, langkah kerajaan Selangor itu bukan sahaja mengabaikan kesusahan rakyat, tetapi juga mengutamakan kedudukan sendiri.

NONE DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

[Baca berita penuh]

ADS