Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Proton Perdana wajah baru kereta rasmi k'jaan
Diterbitkan:  Dec 11, 2013 4:38 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

    

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

    

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    

Di majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

    

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

    

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baru akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.

Sementara itu, Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta hibrid pada akhir tahun depan.

    

Menurut Mohd Khamil, Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

    

"Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja hari ini.

    

Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

    

"Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan," katanya.

  - Bernama

ADS