Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Flash mob kangkung: Polis akan ambil kenyataan Lee

Penganjur flash mob kangkung, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menerima surat dari polis memintanya memberi kenyataan berkaitan program tersebut yang diadakan untuk membantah kenaikan harga di negara ini.

Lee berkata, beliau menerima surat itu, yang telah dihantar ke pusat perkhidmatannya kira-kira jam 4-5 petang.

Menurutnya, beliau diminta memberi kenyataan esok di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, berkaitan dakwaan jenayah fitnah.

"Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, mereka hanya menjalankan tugas mereka, tetapi saya berharap mereka akan menjalankan tugas dengan adil," katanya kanan) kepada Malaysiakini.

Surat itu telah diserahkan ke pusat perkhidmatannya di Seberang Perai Tengah oleh pegawai penyiasat kanan Hasan Mohd Salleh.

Lee berkata beliau diberitahu bahawa setakat ini, 10 laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Menurutnya, beliau akan memberi kenyataannya pada jam 2.30 petang esok.

Lee dilanda kontroversi selepas mengadakan flash mob Jumaat lepas, di mana kangkung disumbat ke replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mencetuskan kemarahan ahli Umno dan NGO Melayu.

Lee berkata, mereka hanya membantah ucapan Najib di Kemaman, Terengganu minggu lepas, di mana beliau mempersoalkan mengapa tiada ucapan terima kasih kepada kerajaan apabila harga barang turun, seperti kangkung.

Lee menafi menghina Najib atau orang Melayu, dengan berkata flash

mob itu semata-mata bertujuan untuk menekankan isu kenaikan harga barangan keperluan yang membebani rakyat.

Penyokong Pro- Najib mengadakan dua perhimpunan di  Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya pada hari Sabtu dan di Alma pada hari Ahad untuk mengutuk Lee kerana didakwa biadap dan menghina perdana menteri dan masyarakat Melayu.

[Baca berita penuh]

ADS