Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISMA: Waytha undur, bukan Melayu tak setia
Diterbitkan:  Feb 11, 2014 11:48 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Ekoran pengunduran P WaythaMoorthy daripada kerajaan semalam, Datuk Seri Najib Razak perlu insaf bahawa sudah tiba masanya untuk kembali kepada orang Melayu yang diabaikan selama ini, kata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“Ternyata bangsa Cina dan India tidak setia dengan kepimpinan Najib,”  presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman ( kanan ) dipetik sebagai berkata dalam laman web NGO itu.

Sudah sampai masanya beliau insaf dan kembali kepada orang Melayu yang beliau abaikan selama ini untuk mendapat redha orang Cina dan India.”

Waythamoorthy, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) semalam meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

Abdullah berkata, perdana menteri perlu rasa bersalah kerana memandang sebelah mata kepada kepentingan bangsa Melayu Islam walaupun golongan itu yang memenangkan BN dalam pilihan raya umum lalu.

“Najib dinasihatkan agar segera sedar sebelum orang Melayu pula membuat keputusan untuk meninggalkan beliau,” beliau dipetik sebagai berkata.

ADS