Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA ikrar 'kebumikan' Anwar di Kajang
Diterbitkan:  Feb 17, 2014 11:28 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Presiden MCA Liow Tiong Lai berikrar untuk “mengebumikan” Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dipersalahkan kerana mencipta sebuah lagi pilihan raya kecil di Kajang.

“Oleh kerana dia gali lubang, kami akan tutup (lubang itu), kami akan kebumikan dia,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan pusat operasi MCA di Sungai Chua semalam.

“Dia (manipulasi) demokrasi dan cipta pilihan raya kecil, kita tidak boleh biarkan dia dalam kes ini.”

Menurut Liow, MCA akan membuka sembilan pusat operasi yang lebih kecil selain pusat operasi utama di Sungai Chua.

Setiap sebuah akan dijaga oleh pemimpin pusat parti itu.

Ditanya tentang kehadiran ramai dalam program Anwar di Gereja Holy Family pagi semalam, Liow berkata beliau tidak bimbang dengan perkara itu.

[Baca berita penuh]

ADS