Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Undilah orang kamu sendiri, begitu mesej Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup kepada pengundi Cina dalam sebuah majlis di Kajang hari ini.

"Undilah calon BN ( kanan ) untuk kestabilan politik.

"Undilah calon BN untuk kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara.

"Undilah calon BN yang merupakan orang kamu sendiri," rayu Joseph.

Joseph hari ini mengagihkan bantuan kepada warga emas, ibu tunggal serta orang kelainan upaya di Kampung Bukit Angkat, Sungai Chuah, Kajang.

Bantuan diberikan berupa beras, kerusi roda, barangan keperluan asas serta baucar beli-belah.

Program yang dinamakan "Sayangi Komuniti" itu dianjurkan Rukun Tetangga, zon Kajang yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sebahagian besar penerima bantuan adalah orang Cina dan ucapan Joseph dalam bahasa Melayu turut diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin agar dapat difahami.

ADS