Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar tolak teori rampasan sebab kecewa Liwat II

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa agar orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri dan memfitnah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya kerana teori pesawat itu dirampas kini berleluasa.

Anwar juga menolak teori mengatakan pesawat itu dirampas sebagai protes terhadap rayuan keputusan Liwat II yang mendapati beliau bersalah meliwat pembantunya.

"Saya rasa 90 peratus pemandu teksi juga penyokong kita tetapi kita tidak pula melihat teksi-teksi dirampas dan dipandu ke Kajang," kata Anwar pada sidang media di Parlimen pagi ini.

Selain itu, Anwar turut mengkritik cara kerajaan mengendalikan kehilangan MH370 yang menurutnya "mengecewakan".

"Saya dah tak perlu ulas lagi tentang ini. Sudah terlalu ramai yang memperkatakannya," kata Anwar.

Beliau turut membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya "tiada keberanian untuk menjawab soalan apabila berhadapan dengan media" sewaktu sidang medianya, Sabtu lalu.

ADS