Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua hari sebelum pilihan raya kecil Balingian, kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat masih bekerja keras untuk memenangi hati 13,366 pengundi.

Bagaimanapun, fokus besar diberikan kepada 3,875 pemilih Iban yang dilihat antara faktor penting kejayaan di peti undi.

Ini ekoran undi 7,705 Melayu-Melanau terpecah dua antara orang Islam dan Kristian.

Dikatakan ada yang tidak gembira dengan pemilihan calon BN-PBB  Yussibnosh Balo, seorang Kristian Melanau.

Dikatakan juga mereka mencadangkan calon beragama Islam kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tetapi ditolak pada saat-saat akhir.

Pakatan-PKR mempertaruhkan Abdul Jalil Bujang.

Perjanjian dalam masyarakat Melanau, kawasan Balingian dan Dalat patut diberikan kepada orang Melanau beragama Islam, manakala Mukah akan ditandingi oleh Melanau Kristian.

Perjanjian ini menjadi rumit selepas penyandang anggota Parlimen Leo Michael Toyad memeluk Islam.

Bagaimanapun, masyarakat Islam mahukan Balingian diberikan kepada mereka.

Kebimbangan pecah undi Melayu-Melanau, BN dan Pakatan akhirnya memfokuskan kempen mereka di 67 rumah panjang, yang mereka percaya menjadi kunci kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini.

[Baca analisis penuh]

ADS