Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Tolak permit M'kini supaya orang tak keliru
Diterbitkan:  Mar 27, 2014 2:16 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini dan FZ Daily atas alasan mahu mengawal jumlah akhbar.

Ia juga, menurut KDN, agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

"Penolakan permohonan surat khabar umum bertajuk FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan surat khabar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai surat khabar," menurut KDN.

Kementerian memberi jawapan itu ketika menjawab soalan bertulis MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di Parlimen.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca," jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dipetik.

Dalam jawapan sama, KDN turut menjelaskan yang permit lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula ditolak kerana kandungannya melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984".

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013.

ADS