Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CNN: Telefon Fariq buat sambungan ke menara
Diterbitkan:  Apr 15, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Satu laporan rangkaian CNN melaporkan, telefon bimbit milik pembantu juruterbang penerbangan MH370 membuat sambungan dengan menara telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tiada tanda menunjukkan panggilan dibuat.

Satu sumber rasmi Amerika Syarikat yang tidak dinamakan dalam laporan itu memetik maklumat didakwa dikongsi oleh penyiasat Malaysia.

Sumber itu mendedahkan, menara komunikasi itu mengesan telefon bimbit Fariq Ab Hamid membuat carian perkhidmatan selama 30 minit selepas pesawat tersebut dilencongkan dari haluan asalnya pada 8 Mac.

"Jarang sekali, pada fikiran saya bagi seseorang dengan telefon bimbit berada dalam kokpit... Ia tidak sepatutnya berlaku langsung.

“Ia sebahagian dari senarai semak setiap syarikat penerbangan yang saya tahu,” kata David Soucie, seorang penganalisis keselaman yang dipetik dalam laporan tersebut.

Akhbar New Straits Times pada hari Sabtu lalu melaporkan mengenai sambungan telefon bimbit Fariq ke menara komunikasi yang disifatkan sebagai “panggilan terdesak untuk meminta bantuan”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan bahawa Fariq membuat apa-apa penggilan dalam penerbangan MH370.

[Baca berita penuh]

ADS