Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jangan halang hudud, DAP tak wujud di Kelantan'
Diterbitkan:  Apr 16, 2014 8:15 PM
Dikemaskini: 11:59 PM

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengkritik keras DAP dan PKR yang didakwa berusaha menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menjuruskan kritikannya kepada DAP, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, parti itu tiada hak campur tangan dalam pegangan akidah dan syariat Islam atau urusan kerajaan negeri,

“Hudud adalah syariat Islam dan hampir 95 peratus rakyat Kelantan adalah umat Islam. Manakala Hudud yang dicadang oleh kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja.

“DAP tidak wujud di Kelantan,” kata ahli politik veteran itu.

Peguam kanan Karpal Singh pada 3 April lalu memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguat kuasa hudud.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hari ini berkata Pakatan Rakyat mungkin perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim membangkitkan pendirian DAP menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi berbeza dalam isu-isu berkaitan umat Islam.

“Ia sungguh biadab. Mereka (DAP) selalu bersuara hak asasi, demokrasi dan kebebasan agama.

“Bila datang hal kepentingan orang Islam,mereka memberi berbagai-bagai alasan. Jelas DAP dan sekutunya tidak menghormati agama Islam.

Selain DAP, MCA turut menolak pelaksanaan hukuman itu yang kembali menjadi polemik setelah Kelantan bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

ADS