Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar tanya Obama, bagaimana dengan kebebasan dan demokrasi
Diterbitkan:  Apr 26, 2014 11:20 AM
Dikemaskini: 4:54 AM

dikemaskini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di

akhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .

Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.

Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.

Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

[Baca berita penuh]

ADS