Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas sultanah kemuka 7 alasan cabar perceraian
Diterbitkan:  May 19, 2014 12:50 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Bekas sultanah Johor Tuanku Zanariah Tunku Ahmad mengemukakan tujuh alasan kepada Mahkamah Rayuan Syariah berhubung keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru sebelum ini yang mengesahkan penceraian kontroversinya dengan almarhum Sultan Tuanku Mahmud Iskandar.

Alasan-alasan itu dikemukakan oleh peguamnya Afshah Ariffin selepas Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan Majlis Agama Islam Johor menjadi pencelah dalam saman itu.

Dalam alasan yang dikemukakan itu, tujuh alasan diberikan sekitar kekhilafan hakim perbicaraan, antaranya dalam isu “fatwa” yang mengesahkan perceraian itu pada Ogos tahun lalu.

Alasan-alasan itu:

(1) Hakim terkhilaf daripada aspek undang-undang dan fakta apabila menyatakan hakim bicara Mahkamah Rendah Syariah membuat keputusan berdasarkan shahadah hisbah kerana rukun dan syaratnya tidak menepati hukum syarak.

(2) Hakim terkhilaf apabila menafsirkan Seksyen 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Johor Bahru) memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengecualikan apa-apa peruntukan dalamnya.

(3) Hakim terkhilaf memutuskan hakim bicara mempunyai kuasa sedia ada dalam menjalankan prosiding kes saman tersebut.

(4) Hakim terkhilaf apabila memutuskan hakim bicara mengecualikan pemakaian enakmen tatacara “demi menjaga kemuliaan institusi diraja Johor khususnya Sultan Iskandar”.

(5) Hakim terkhilaf apabila memutuskan “fatwa” Jawatankuasa Fatwa Johor adalah “dokumen undang-undang” yang dibuat berdasar peruntukan Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johior.

(6) Hakim terkhilaf apabila memutuskan fatwa tersebut mengikat mahkamah.

(7) Hakim terkhilaf apabila memutuskan perayu gagal menunjukkan ada memohon untuk meminda atau membatalkan fatwa tersebut.

Difahamkan, sepanjang prosiding dijalankan, tiada pihak lain selain peguam utama Tuanku Zanariah dan peguam majlis agama negeri dibenarkan memasuki mahkamah.

Pintu mahkamah juga difahamkan dikunci dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk.

Keputusan rayuan itu akan diketahui pada 25 Mei ini.

[Baca berita penuh]

ADS