Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Staf portal FMT letak jawatan beramai-ramai
Diterbitkan:  Jun 2, 2014 6:00 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Portal berita Free Malaysia Today (FMT), yang berusia empat tahun,  dilanda peletakan jawatan kakitangannya, termasuk ketua pengarangnya, K Kabilan.

Malaysiakin i difahamkan bahawa peletakan jawatan berpunca daripada perbezaan pendapat antara pihak editorial dan pengurusan tingginya berkaitan pelbagai isu.

Sumber-sumber mendakwa bahawa lebih 10 editor dan wartawan akan akan berhenti, meninggalkan hanya tiga hingga empat kakitangan untuk mengendalikan portal tersebut.

Ia juga didakwa bahawa pihak pengurusan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata pihak pengurusan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Kabilan (kiri) mengesahkan beliau telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

Sementara itu, peletakan jawatan beramai-ramai itu juga dilaporkan di blog Uppercaise, yang dikendalikan oleh wartawan veteran Gobind Rudra.

Blog itu mendakwa peletakan jawatan itu adalah ekoran masalah dalaman.

Menurutnya, desas-desus mengatakan portal berita itu akan menjadi lebih mesra BN, yang menyimpang daripada pendirian semasanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS