Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan: Campur tangan sultan cemar institusi raja

dikemaskini Campur tangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri akan menyebabkan institusi beraja tercemar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kalau libatkan diri, saya pasti semua masalah akan terkumpul dan institusi (beraja) akan dicemari," katanya sewaktu mengulas rang undang-undang Lembaga Hartanah dan Perumahan Johor 2014.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui wartawan di lobi Parlimen pada waktu rehat tengah hari.

Dalam satu sidang media berasingan di sebelah petang, Shahidan menjelaskan bahawa teguran itu bukan ditujukan kepada sultan.

Sebaliknya, ia ditujukan kepada kerajaan negeri agar tidak melibatkan sultan dalam pentadbiran negeri.

"Saya kata jangan libatkan (Sultan) kerana perkara itu boleh menimbulkan masalah," katanya.

Menurutnya, pandangan itu selari dengan pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkara itu.

"Saya rujuk pandangan Tun Dr Mahathir supaya institusi ini terus dihormati," katanya.

Katanya, isu berkenaan sepatutnya diteliti oleh pejabat peguam negara untuk menentukan sama ada ia selari atau bertentangan dengan Perlembagaan.

ADS