Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diplomat M'sia di NZ dituduh dalam kes serangan seksual
Diterbitkan:  Jun 30, 2014 8:15 PM
Dikemaskini: Jul 1, 2014 4:15 AM

Seorang diplomat Malaysia dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol, demikian Malaysiakini difahamkan.

 

Kementerian Luar bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan perkara ini ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, dengan Menterinya, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan memanggil sidang akhbar mengenai perkara itu di Wisma Putra esok.

Dalam satu mesej teks, Anifah berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 12 tengahari esok .

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

 

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

 

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

 

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

 

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.

[Baca berita penuh]

ADS