Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA gesa pegawai k'jaan sumpah al-Quran
Diterbitkan:  Jun 30, 2014 8:27 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

PERKASA hari ini menggesa pemimpin negara dan pegawai kerajaan mengangkat sumpah dengan menjunjung al-Quran bagi memastikan amalan rasuah, penyelewengan dan pilih kasih tidak lagi dipraktikkan.

“Ketua-ketua agensi dan jabatan penting lantik yang beragama Islam termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, exco, pengerusi lembaga hendaklah baiah (perjanjian untuk memberi ketaatan) dan bersumpah dengan junjung al-Quran dengan lafaz kata-kata.

“Ia bertujuan memastikan mereka tidak rasuah, penyalahgunaan kuasa, menyeleweng, pilih kasih dan menipu,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim turut mencadangkan supaya kumpulan pemberi maklumat dilantik bagi membasmi gejala rasuah dan masalah penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai kerajaan.

Ibrahim sebelum ini membangkitkan isu pegawai kerajaan hidup mewah melampaui daripada gaji serta menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera.

Tanpa menamakan individu terbabit, Ibrahim berkata tindakan itu perlu diambil untuk mengelakkan pihak berkenaan terlepas dari dakwaan rasuah.

ADS