Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Walaupun mendapat kritikan aktivis dan pembangkang, kerajaan tetap berkeras akan membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mansor ( bawah ) memaklumkan pihaknya akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah di tepi jalan.

"Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?

"Pada ketika itu juga, ada resit RM150 bayar serta-merta pada penguat kuasa.

"Kita akan keluarkan resit bersiri. Setiap kali bagi (sedekah), serta-merta bayar pada DBKL, "katanya dalam sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di ibu negara, pagi tadi.

Dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur, Tengku Adnan juga menjelaskan pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan.

Katanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah memaklumkan kepada gelandangan supaya tidak berada di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

Gelandangan diberi tempoh sehingga hari Isnin minggu depan.

"Kita tak mahu mereka ni. Kita sudah maklumkan dua hari yang lalu. Tengok, kita bagi masa lagi," katanya.

'Jangan bagi makan dalam bandar'

Beliau juga menetapkan had dua kilometer jauh dari kawasan Kuala Lumpur bagi NGO yang menganjurkan acara memberi makan kepada gelandangan.

"NGO nak bagi makan pada gelandangan boleh bagi makan. Tapi jangan bagi makan dalam bandar.

"Mesti 2 kilometer jauh dari Kuala Lumpur. Lot10 (di Bukit Bintang) kita letak sebagai pusat, jadi kilometer jaraknya dari bangunan itu," katanya.

Katanya sekiranya NGO tersebut gagal melakukannya, mereka juga akan disaman.

ADS