Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Judi lumba kuda boleh pecah Pakatan Selangor'
Diterbitkan:  Jul 7, 2014 12:13 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda di Hulu Selangor akan menjadi duri dalam daging baru kepada pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Ia malah dikatakan mampu memecah belahkan perpaduan tiga parti utama dalam gabungan itu, DAP, PAS dan PKR.

“Saya mengakui isu permohonan untuk membina sebuah pusat lumba kuda di Hulu Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat di Selangor jika diluluskan,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad ( kanan ).

PAS, kata Iskandar, sebagai sebuah parti Islam sama sekali tidak akan bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.

Bernama pada 3 Julai lalu melaporkan bantahan tiga NGO terhadap cadangan “pihak tertentu” yang mahu membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Syarikat pemaju sebelum ini mendakwa kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus penduduk Melayu kawasan itu bersetuju dengan pembinaannya.

Pemimpin PAS Hulu Selangor menafikan dakwaan penerimaan masyarakat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar menegaskan penentangan masyarakat Islam dan penolakan wakil-wakil PAS dalam kerajaan negeri dalam isu itu.

“Walau bagaimanapun saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.

“Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat,” katanya.

ADS