Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISIL didakwa musnahkan makam Nabi Yunus
Diterbitkan:  Jul 10, 2014 2:52 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Kumpulan bersenjata Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) didakwa memusnahkan makam lama di Iraq, termasuk yang dipercayai milik Nabi Yunus, menurut pendedahan video mengejutkan pada Rabu.

Pemusnahannya menggunakan tukul besar oleh tentera berpakaian hitam itu berlaku di Mosul, utara Iraq yang jatuh ke tangan kumpulan pejuang Sunni itu selepas serangannya terhadap kerajaan pimpinan pemimpin Syiah itu.

Makam Nabi Seth juga dilaporkan dimusnahkan oleh kumpulan pemberontak itu, lapor New York Post yang memetik IraqNews.com, yang memuat naik video itu ke Internet.

Kumpulan yang mahu menegakkan pemerintahan khalifah bawah undang-undang syariah di Syria dan Iraq itu dikatakan percaya bahawa memuja kubur dan tinggalan-tinggalan dianggap keramat bertentangan dengan ajaran islam.

ISIL juga dilapor sudah memusnahkan banyak lagi makam Sunni dan Syiah di Mosur dan Tal Aftar menggunakan jentolak dan mengebomnya.

ADS