Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wang tebusan: Zahid, IGP beri versi bercanggah
Diterbitkan:  Jul 17, 2014 1:56 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara hari ini memberi versi yang bercanggah mengenai tuntutan wang tebusan yang dilaporkan dibuat oleh kumpulan bersenjata yang menculik seorang anggota polis di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini.

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengesahkan kumpulan yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, 26, menuntut wang tebusan RM10 juta.

Beliau bagaimanapun, menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan wang tebusan bagi membebaskan anggota polis yang diculik itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai tuntutan wang tebusan tersebut.

Menurutnya, laporan itu adalah khabar angin semata-mata dan ia membahayakan keselamatan anggota pasukannya.

Sementara itu, Zahid menjelaskan pihak berkuasa ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta.

  

 "Ada panggilan telefon dibuat oleh kumpulan penculik kepada anggota polis Marin bertugas di Sabah dan mereka meminta wang sebanyak 10 juta namun tidak dinyatakan jenis mata wang sama ada Peso, US Dollar mahupun Ringgit Malaysia.

  

"Kita, kerajaan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan bagi program TV3 Wanita Hari Ini dalam segmen 'Mesej Dari Penjara'.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS