Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR bongkar rundingan ragu Khalid
Diterbitkan:  Aug 5, 2014 9:45 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

Isu penyelesaian hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam dijadikan alasan utama oleh PKR bagi meyakinkan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu.

Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.

Dokumen itu membangkitkan bagaimana rundingan penyelesaian tuntutan hutang luar mahkamah dipercepat selepas PKR mengumumkan Langkah Kajang pada 28 Januari lalu.

Dalam bentuk kronologi, dokumen itu juga memperincikan kes itu bermula keputusan mahkamah dan persoalan integritinya selepas pelupusan hutangnya secara mengejut.

PKR mempertikaikan penyelesaian kes itu walaupun peguam Bank Islam percaya mereka mempunyai hujah kukuh untuk memenangi kes.

Dibangkitkan juga persoalan berhubung:

  • Rundingan Bank Islam-Khalid di luar mahkamah yang menyebabkan saman tuntutan hutang terhadap Khalid digugurkan dibuat tanpa pengetahuan peguam Bank Islam yang maklum di saat-saat akhir pada Februari 2014.

 

  • Tindakan Khalid didakwa menggunakan seorang peguam ternama yang rapat dengan Umno dan kemudiannya mendapat kepentingan besar dalam projek harta tanah Selangor.
  • (Nama individu berkaitan dan syarikat itu belum didedahkan Malaysiakini sementara menunggu reaksi daripadanya.)

    • Keengganan Khalid berterus terang mengenai pelupusan hutangnya secara mengejut walaupun beberapa kali diarahkan parti membuat penjelasan.

     

  • PKR berkata Khalid tidak memberikan penjelasan telus dan diterima akal. Ini ekoran penjelasannya bahawa Bank Islam menggugurkan saman selepas beliau berjanji membayar balik menggunakan wang yang dijangka diperoleh melalui saman terhadap Permodalan Nasional Bhd.
  • Berhubung isu penstrukturan semula air negeri, dokumen itu membangkitkan:

    • Persoalan bagaimana kerajaan pusat berjaya mendapat kelulusan untuk projek loji rawatan air berbilion ringgit Langat 2 ketika sedangkan negeri gagal mengambil alih sepenuhnya konsesi air.

     

  • Tawaran akhir pampasan kepada pemegang saham majoriti majoriti kepada Rozali Ismail, yang memegang saham majoriti dalam konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dinaikkan lebih RM500 juta sedangkan Splash pula diturunkan kira-kira RM2 bilion.
  •  

  • Tuduhan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli mengikat perjanjian sulit untuk mendapatkan komisen RM60 juta daripada seorang pemegang saham utama Splash.
  • Dokumen itu turut membangkitkan sokongan Khalid terhadap pelaksanaan Lebuh Raya Kidex yang dikaitkan dengan tokoh Umno.

    PKR bagaimanapun berkata, prestasi kepimpinan Khalid semasa penggal pertamanya baik dan memuaskan.

    Khalid sebelum ini mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya benar.

    Khalid menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekali gus memandang serius dakwaan berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan Bank Islam itu.

    [Baca berita penuh]

    Lihat Komen
    ADS