Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis kenal pasti 15 peserta sukan bogel
Diterbitkan:  Aug 6, 2014 1:29 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Tujuh rakyat Malaysia adalah antara 15 individu yang dirakam terlibat dalam sukan bogel di Hutan Simpan Taman Negara di Teluk Bahang, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.

Rahim berkata, polis telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu, yang rakamannya telah dimuat naik di YouTube.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, 15 orang itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua warga Myanmar, seorang warga India dan Filipina.

Menurutnya, pihak polis bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang dalam siasatan tersebut.

Bagaimanapun, Rahim enggan mendedahkan butiran mengenai penganjur acara itu yang dikenali sebagai Penang Nude Sports Games 2014.

Bagaimanapun, beliau berikrar akan menahan mereka yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran acara itu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata siasatan dan tindakan wajar harus diambil oleh pihak berkenaan bagi memastikan aktiviti pesta bogel tidak menular di negara ini.

    

Katanya, pesta bogel yang didakwa berlaku di Taman Negara, Teluk Bahang merupakan kes serius dan tindakan segera perlu diambil untuk membanteras ia daripada berlaku di masa hadapan.

    

Kementerian Pelancongan juga harus mencari kaeadah agar pelancong yang memasuki negara ini diberi pendedahan awal mengenai budaya dan agama yang dianuti, katanya kepada pemberita hari ini.

    

Katanya pihak Taman Negara juga harus bertanggungjawab dan mencari kaedah terbaik untuk memantau pelancong-pelancong yang berada dalam kawasan jagaan mereka.

    

"Kami (Wanita Umno) memandang serius isu sebegini kerana kita tidak mahu mengundang lebih banyak masalah sosial dan moral yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat muda di negara kita," katanya.

    

Video bertajuk 'Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang' itu tersebar secara meluas di laman sosial sejak dua hari lepas.

    

Video berdurasi lima minit 52 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dewasa dalam keadaan bogel melakukan pelbagai aktiviti di sebuah pondok dan di tepi pantai berkenaan.

Lihat Komen
ADS