Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat PAS ditunda lagi, tarikh baru 17 Ogos
Diterbitkan:  Aug 8, 2014 1:23 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Jawatankuasa PAS Pusat sekali lagi menunda tarikh bagi mesyuarat untuk membincangkan pendirian parti berhubung jawatan menteri besar Selangor kepada 17 Ogos.

Laporan Harakahdaily menyebut, setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata sejumlah anggotanya tidak dapat hadir ke mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu.

Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini sepatutnya bermesyuarat pada 10 Ogos ini.

Namun, ia ditunda kepada 13 Ogos.

Laporan sebelum ini tidak menyebut sebab ia ditunda tetapi ia dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipanggil untuk berdepan dengan Lembaga Disiplin PKR pada hari Sabtu.

Lihat Komen
ADS