Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota Exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan.

Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar, katanya.

Oleh itu, kesemua Exco itu tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat Exco untuk memantau beliau.

"Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan sepuluh aku janji dan sumpah kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Khalid yang dipecat oleh PKR Sabtu lalu, mendapat mandat dari Sultan Selangor selepas mengadap baginda kelmarin.

Semalam, beliau memecat lima dari enam Exco yang didakwanya bakal menjejaskan perjalanan kerajaan negeri.

Tiada arahan Kosongkan pejabat

Sementara itu Khalid berkata setakat ini Exco boleh menggunakan kemudahan pejabat lama mereka dan tidak perlu berpindah.

Mereka turut boleh menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi atas kapasiti sebagai ADUN untuk membantu kerajaan negeri.

"Tiada (arahan kosongkan pejabat), kita akan beri masa yang secukupnya untuk mereka walaupun mereka juga digalakkan jika mereka mempunyai masa seperti untuk hadir dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, tapi secara bukan ahli Exco

"Dan kita akan mengadakan perbincangan secara telus dan bertangunggjawab untuk mencari keputusan-keputusan yang penting dalam pentadbiran," kata beliau.

Khalid berkata, tumpuan beliau kini adalah untuk menguruskan negeri Selangor sahaja bersama Exco sedia ada.

"Saya telah berbincang dengan Tuanku Sultan, tuanku menasihati saya supaya terus berada di dalam keadaan sekarang di mana untuk menentukan kemantapan kerja-kerja negeri supaya dapat menumpukan kepada pembangunan  dan kebajikan rakyat diutamakan,"

"Itu telah mula kita bincangkan dengan exco yang ada, dan ada satu cadangan supaya kita adakan satu mesyuarat sama untuk semua yang berkenaan supaya pengurusan dan tatacara negeri dapat dibuat dengan baik," kata beliau.

Lihat Komen
ADS