Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lembaga MRT tolak peletakan jawatan CEO
Diterbitkan:  Aug 26, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Lembaga Pengarah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menolak peletakan jawatan ketua pegawai eksekutifnya Azhar Abdul Hamid sementara menunggu siasatan insiden baru-baru ini, yang mengorbankan tiga nyawa, selesai.

Dalam kenyataannya hari ini, MRT Corp berkata, lembaga pengarahnya memutuskan tidak mempertimbangkan peletakan jawatannya pada masa ini, lapor KiniBiz .

Ini kerana, menurut syarikat itu lagi, prestasi Azhar sejak berkidmat mulai September 2011 menyaksikan projek MRT di Lembah Klang melepasi sasaran semasa 50 peratus yang ditetapkan.

Lembaga juga mendapati pengurusan kewangan projek itu boleh dibanggakan dan oleh itu Azhar diarahkan kekal menerajui syarikat itu dan mengepalai siasatan yang dibuat.

“Lembaga hanya akan membincangkan peletakan jawatan Azhar sejurus selepas siasatan lengkap dan dapatannya diumumkan kepada orang ramai,” kata MRT Corp.

Siasatan dijangka selesai pada September, menurut kenyataan itu lagi.

Azhar pada 19 Ogos lalu mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT sehari selepas itu.

Dalam kejadian itu, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara, Selangor.

[Baca lanjut di KiniBiz ]

Lihat Komen
ADS