Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom Azmi Sharom mengaku tidak bersalah atas tuduhan bawah Akta Hasutan 1948 hari ini.

Azmi dikenakan bayaran ikat jamin RM5,000 dan sebutan kes ditetapkan pada 3 Ogos.

Beliau diudakwa bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu, dengan pendakwaan pilihan bawah Seksyen 4(1)(c) akta yang sama, iaitu mengeluarkan kenyataan menghasut pada 15 Ogos lalu.

Kertas pendakwaan menyebut Azmi didakwa mengeluarkan kenyataan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Azmi boleh didenda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Kira-kira 100 orang hadir menyokong pensyarah itu ketika beliau dituduh di mahkamah hari ini.

Antara mereka aktivis Datuk Marina Mahathir dan Zainah Anwar, anggota parlimen Lembah Pantai dan mahasiswa UM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS