Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Istana tegur PKR 'tak patuhi' titah sultan
Diterbitkan:  Sep 4, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mematuhi" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.

Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat itu) untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Surat itu juga, kata sumber itu, membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka mahu dua nama lain.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik.

Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.

Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS