Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kenyataan kepada polis di bawah akta hasutan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kes tersebut.

"Siasatan masih berjalan. Kita sudah panggil. Dia (Zahid) dah beri kenyataan," kata beliau ringkas semasa satu sidang media di Bukit Aman hari ini.

DAP Perak sebelum ini membuat laporan polis terhadap Zahid kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dalam ucapannya berkaitan demonstrasi dekat Kuala Kangsar semasa krisis perlembagaan Perak, ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor.

Zahid dalam ceramahnya ketika PRK itu mendakwa penyokong DAP membaling batu kepada kereta Raja Muda Perak dan kereta beliau ketika krisis pentadbiran Perak pada 2009.

Lihat Komen
ADS