Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap hutang yang dikumpulkan oleh sayap pelaburannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana majoriti pinjamannya tidak mendapat jaminan kerajaan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menyatakan hanya pinjaman bernilai RM 5.8 billion sahaja yang menerima "jaminan eksplisit" kerajaan Malaysia berbanding hutang mereka yang menjangkau RM 37 billion.

Najib turut menjelaskan hutang 1MDB setakat tahun berakhir 31 Mac 2013 ialah RM 36.25 billion.

Pelbagai pihak membidas 1MDB yang dibebani hutang.

Bukan saja pembangkang malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan kebimbangannya terhadap perbelanjaan dana pelaburan 1MDB.

Katanya, dana itu sebenarnya “berlagak sebagai dana kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara.

Bagaimanapun kerajaan mempertahankan kedudukan kewangan 1MDB dan berkata kedudukan kewangan syarikat itu masih kukuh.

Dalam jawapannya hari ini Najib berkata sebagai syarikat, liabilii terhad hal kewangan 1MDB tidak dimasukkan dalam kiraan liabiliti kerajaan, sebaliknya tanggungjawab syarikat itu sendiri.

"Setakat ini 1MDB tidak pernah terlepas dari memenuhi jadual pembiayaan kewangannya.

"Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh, disokong oleh aset-aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan utuh," kata beliau dalam jawapan bertulis itu.

Lihat Komen
ADS