Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz: DAP jangan tekan presiden PAS
Diterbitkan:  Nov 13, 2014 5:50 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihati DAP agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan.

"Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat)," kata MP Pokok Sena itu sewaktu ditemui pemberita di bangunan Parlimen.

Menurutnya, PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada gesaa DAP mutakhir ini agar Hadi hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

Hadi sebelum ini sering menghantar wakil sahaja – timbalan presiden Mohamad Sabu dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali ke mesyuarat tersebut.

Lihat Komen
ADS