Sekeping kad dari nenek bergelar Tan Sri jadi pembakar semangat Rafizi
Kekalahan Bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini tidak sama sekali mematahkan semangat pengasas parti itu, Rafizi Ramli.
Bahkan, sekeping kad dan sejambak bunga yang diterima daripada seorang pesara penjawat awam kanan bergelar Tan Sri menjadi suntikan semangat buat Rafizi untuk terus memperjuangkan agenda parti itu.
Dalam hantaran di media sosial hari ini, Rafizi berkata wanita berkenaan, yang dikenalinya dari jauh sejak sekian lama, menulis sebagai seorang nenek kepada tiga cucu berusia sembilan, 10 dan 15 tahun.
Katanya, wanita itu meluahkan hasrat mahu melihat cucu-cucunya serta kanak-kanak lain, termasuk golongan berkeperluan khas, mendapat peluang mengembangkan potensi dan menikmati masa depan lebih baik.
“Visi anda menunjukkan masa depan yang baik untuk negara kita,” kata Rafizi mengulang semula titipan pesanan wanita berkenaan.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-10_726288.jpg)
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Julai lalu, Bersama mempertaruhkan 15 calon tetapi kesemuanya tewas dan kehilangan wang deposit.
Parti itu kemudian membuat keputusan untuk tidak meletakkan sebarang calon pada PRN Negeri Sembilan yang berlangsung 1 Ogos lalu.
Parti itu sekali lagi gagal memenangi sebarang kerusi apabila bertanding di 16 daripada 28 kerusi DUN dalam PRN Melaka baru-baru ini. Kali ini, 15 daripada 16 calonnya turut kehilangan deposit, manakala hanya seorang berjaya mengekalkannya.
Rafizi berkata dia kekal dalam politik kerana percaya bidang itu mampu membawa perubahan besar kepada masyarakat, meskipun Bersama belum memenangi sebarang kerusi sejak ditubuhkan enam bulan lalu dan berdepan kritikan berhubung hala tuju parti.
Katanya, Bersama ditubuhkan untuk mencabar budaya politik yang bergantung pada sentimen kaum dan agama, selain membina sistem politik yang lebih bertanggungjawab serta membuka peluang kepada generasi akan datang.
Mengakui parti itu masih kecil dan berdepan keraguan masyarakat, Rafizi berkata usaha membina perubahan memerlukan masa dan mengajak rakyat yang berkongsi visi sama menyertai perjuangan jangka panjang itu.
“Sehingga itu, kami akan meyakinkan seorang nenek, seorang ibu bapa, seorang cucu pada satu masa,” katanya.
Lapor komen ini
/file/attachments/890/HopefulLetterAmidsttheCrowd_527012.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.