Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fahmi: Universiti tiada belas ihsan
Diterbitkan:  Dec 10, 2014 1:11 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Bekas presiden persatuan pelajar, Fahmi Zainol menyifatkan Universiti Malaya (UM) tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.

"Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?” soalnya

UM semalam menggantung pengajian Fahmi selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran.

Seorang lagi pelajar Safwan Shamsudin juga digantung pengajian, tetapi hanya untuk satu semester berkuatkuasa serta merta, didenda dan diberi amaran.

Sementara empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran.

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi terus mendakwa keputusan terhadap mereka ditetapkan lebih awal dan mengesyaki terdapat arahan daripada pihak lain.

'Apa perasaan ibu bapa saya?'

Fahmi juga berkata universiti tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan ibu bapanya yang menanti anak bergraduasi.

"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," soalnya lagi.

Beliau juga masih berasa tidak bersalah kerana hanya mahu bersuara, ditambah lagi prestasinya dalam pelajaran bukan di tempat yang corot.

"Adakah saya bersalah jika saya inginkan universiti berjalan dengan sepatutnya? Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul,” kata Fahmi.

Pelajar jurusan pentadbiran itu bagaimanapun berkata hukuman itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus terlibat dalam aktivisme mahasiswa tanah air.

"Malah terima kasih kepada pihak yang menghukum kami kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa," sindirnya.

Lihat Komen
ADS