Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Kit Siang

   

Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik “Father Augustus Chen”.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu.

“Hore untuk (peguam) Gobind Singh Deo atas kejayaan hebat menentang politik pembohongan,” tulis Lim di Twitter.

Lim sebelum ini memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".

Rencana yang memetik sumber bernama Father Augustus Chen mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember tahun lalu bagi memastikan kedudukannya 'selamat'.

[Baca berita penuh/asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In