Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga menggesa pihak berkuasa berhenti mengganggu masyarakat Kristian.

Katanya, “perjanjian sepuluh perkara” berkaitan perkara itu harus dijelaskan kepada pihak polis dan pegawai penguatkuasa lain.

“Malaysia jadi terkenal dengan kegiatan merampas Bible.

“Saya percaya masyarakat awam berhak tahu daripada arahan untuk merampas dan menangkan itu datang dan asas ia dibuat,” katanya kepada Malaysiakini .

Ambiga merujuk kepada tindakan polis merampas kitab gita puja Kristian yang mempunyai kalimah Allah daripada paderi Cyril Mannayagam ( kanan ) di Johor sebelum ini.

Ambiga juga bersetuju dengan pandangan peguam Andrew bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang digunakan untuk Cyril, diisytihar bertentangan dengan perlembagaan pada 1988 dan batal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS