Siti Zailah cedera kemalangan, kini di Hospital Lipis
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama, dekat Lipis, Pahang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, kenderaan dinaiki Siti Zailah dipercayai terbabas ketika tiba di lokasi kejadian.
"Semasa kejadian kenderaan jenis SUV itu dipandu anak perempuan ahli parlimen berkenaan yang berusia 26 tahun.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kanan jalan.
"Buat masa ini, Siti Zailah masih dirawat di Hospital Lipis susulan kecederaan pada bahagian dada dan perut, manakala anak perempuannya tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi satu kenyataan, pagi ini.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-05_521314.jpg)
Ismail memaklumkan, kenderaan dinaiki Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sedang dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju ke ibu negara ketika kemalangan berlaku.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959.
"Kami meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan," katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/11/685fed01c7838c38217c22e3d6b545d4.jpg)
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan kecederaan Siti Zailah tidak terlalu serius dan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Saya pun tak dapat banyak info (maklumat) mengenai kemalangan itu, cuma berdasarkan info awal, dia tak (cedera) serius sangat," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook hari ini,
berkata dia mendoakan agar Siti Zailah segera sembuh dan diberi kekuatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
“Mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah lekas diberi kesembuhan.
“Berharap YB tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam hantaran itu.
Pernah bertemu dgn Puan Siti Zailah semasa program membantu mangsa2 banjir di salah sebuah PPS di Rantau Panjang beberapa tahun lepas, beliau amat rendah diri & mesra ketika bergaul, semoga beliau cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan...
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-121026-04_491747.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.