Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
464 pencawang elektrik pulih, 1,496 belum
Diterbitkan:  Dec 29, 2014 9:00 AM
Dikemaskini: 11:00 AM

BLOG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir di seluruh negara.


4.30pm: Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor masih tiada perubahan setakat ini.  Jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan di Pahang kekal 33,225, Johor 328  dan Selangor 33 berbanding pagi tadi.
    
Setakat jam 3 petang, tiada maklumat terkini diperoleh mengenai jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan kecuali 151,072 orang yang direkodkan pagi tadi.

3.11pm: Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak hari ini melawat Perak untuk melihat sendiri keadaan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir, lapor Bernama .

Najib tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada pukul 11.30 pagi dari Kuala Lumpur, dan meneruskan perjalanan melalui jalan darat untuk melawat beberapa pusat pemindahan banjir yang menempatkan mangsa banjir dari daerah Perak Tengah.

3.09pm: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan operasi 464 pencawang elektrik daripada 1,960 pencawang yang terpaksa dihentikan ketika keadaan banjir memuncak di negeri itu baru-baru ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB,  Abdul Aziz Abdul Majid berkata kini sebanyak 1,496 pencawang elektrik yang masih belum dipulihkan, lapor Bernama .

11.40am: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin tiba di Kota Baharu pagi ini bagi lawatan sehari tinjau keadaan banjir di Kelantan, lapor Bernama .

11.37am: Ketua Pengarah JPAM berkata, dakwaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, tidak benar, lapor Bernama .

10.56am: SKMM sedang mengumpul maklumat mereka yang sebarkan berita palsu berkaitan banjir di Kelantan, lapor Bernama .

9.00am: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.

    

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baru sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).

Lihat Komen
ADS