Peguam utama Zaidi tak hadir tanda protes
Diterbitkan: Jan 12, 2015 8:39 PM | Dikemas kini: Jan 12, 2015 9:55 PM
Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.
Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.
Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:
- Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.