Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha organisasi DAP Anthony loke berkata, beliau terkejut dengan amaran “tidak logik” PAS bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum.

Loke berkata, beliau tidak faham bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan itu kerana usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan tiada kena mengena dengan isu kaum.

"(Isu kaum) adalah perkara terakhir di fikiran kami dalam mengembalikan pilihan raya tempatan,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan masyarakat mendapat lebih banyak peluang untuk menyatakan pendapat dalam kerajaan tempatan dan untuk mempromosi kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai.

“Saya satu masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan tempatan adalah mutu perkhidmatan yang rendah, seperti kutipan sampah, perancangan bandar dan kesihatan umum.

"Ini semua merupakan isu agak umum yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS