Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak polis sekali lagi cuba untuk menangkap kartunis Zunar, kali ini berhubung kartun politiknya bertajuk 'Ros in Kangkung Land'.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, berkata sekumpulan 20 anggota polis dari Balai Polis Brickfields "mengugut" untuk menangkap beliau hari ini.

Kartunis itu berada di pelancaran semula buku tersebut di Brickfields pagi ini apabila polis muncul.

Bercakap kepada Malaysiakini , beliau berkata polis memberitahunya mereka mahu menangkapnya dan merampas bukunya kerana acara itu tidak mempunyai permit.

Kartunis itu berkata polis memberitahunya bahawa dia akan ditangkap jika meneruskan juga pelancaran buku tersebut.

 

"Tetapi saya memberitahu mereka tidak ada keperluan untuk mendapatkan permit kerana acara ini diadakan di premis persendirian," katanya.

 

Zunar juga berkata bukunya tidak diharamkan.

 

Katanya, beliau akan bercakap dengan peguamnya mengenai tindakan seterusnya kerana beliau akan berlepas ke Geneva pada hari Isnin.

 

Berikutan kedatangan pihak polis itu, Zunar mengambil keputusan untuk membatalkan acara tersebut.

 

Buku itu tidak dijual di mana-mana kedai buku, dan ia boleh dibeli www.zunar.my.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS