Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Monumen penyair Rusia berdiri di M'sia
Diterbitkan:  Mar 1, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Penyair agung Rusia Mikhail Lermontov mungkin tidak pernah menyangka patungnya akan berdiri megah di Kuala Lumpur, tempat bahasa itu tidak pun dipertuturkan.

Bagaimanapun, dengan berdirinya patung karya pemahat  Gregory Pototsky, menandakan hubungan baru Rusia-Malaysia, terutamanya dalam bidang pemuisian.

Monumen tajaan Tai Kaik Hock, pengasas Dai Ichi Art Gallery, itu dirasmikan sempena ulang tahun ke-200 Lermontov yang baru-baru ini secara meluas disambut oleh masyarakat dunia.

Pototsky, yang karyanya mencuri perhatian seluruh dunia, turut hadir dalam perasmian itu semalam, disertai wakil-wakil masyarakat Malaysia dan kakitangan kedutaan besar Rusia di Kuala Lumpur.

Penyair Malaysia yang hadir sama turut menyambut baik peristiwa tersebut dengan menganggapnya sebagai titian persahabatan kedua-dua negara dan dan melahirkan harapan supaya karya Lermontov dihayati di negara ini.

Lihat Komen
ADS